skpjm.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI
KM 16 KG PULAI, 77300 Jasin, Melaka.
Tel : 06-2619268, Faks : 06-2619089
e-mel : skpjm@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | STAFF AKADEMIK | MARQUEE | STAF AKADEMIK |

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI

 

Sekolah ini terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Melaka Bandaraya Bersejarah dan 5 kilometer deri pekan Merlimau. Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Pulai. Kampung Pulai pula dinamakan sempena nama sebatang pokok pulai.  Pokok Pulai ialah sejenis pokok yang besar, rendang dan kayunya ringan sesuai untuk dibuat perahu.

Sekolah Kebangsaan Pulai mula didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk

kampung Pulai pada 6 OGOS 1946, hari Selasa  bersamaan 1365 H di atas sebidang tanah milik Tuan Haji Md Nor. Bangunan seluas 20' X 60' berdindingkan papan beratap rumbia dan tidak bersimen ini  telah dibuka secara rasmi  oleh Tuan Nelson iaitu Pegawai Pendidikan Melaka dengan murid seramai 70 orang dan 2 orang guru. Guru tersebut ialah Cikgu Harun B Ngah sebagai Guru Besar dan Cikgu  Kabil sebagai guru penolong. Bangunan asal yang dibina secara gotong-royong pada 1946 itu mempunyai pengasasnya iaitu,Tuan Hj Said B Sabudin, Sidang Mohd Lajim B Ali, Encik Limat B Kalong, Tuan Hj Md Nor, Encik Tambi B Togek dan Tuan Haji Kusu

Bangunan ini telah diganti dengan bangunan A pada tahun 1954. Bangunan ini juga dibina secara bergotong-royong dan diikuti dengan pembinaan bangunan B pada tahun 1956. Pada tahun 1975 bangunan C (2 tingkat) pula didirikan dan seterusnya pada tahun 1987 didirikan pula bangunan  D.  Memandangkan pelajar sekolah ini semakin meningkat maka sebuah bangunan Pusat Sumber Sekolah dibina . Kemudian diikuti  dengan pembinaan kantin sekolah pada tahun 1990
Sehingga hari ini Sekolah Kebangsaan Pulai mempunyai bilangan murid seramai 607 orang murid dan tenaga pengajar seramai 37 orang dan dibantu oleh tenaga bukan guru seramai 5 orang serta pengawal keselamatan seramai 3 orang. Terdapat 17 buah bilik darjah,1 bilik pemulihan, pejabat, makmal sains, dan bilik kemahiran hidup. Dl samping itu terdapat juga sebuah surau untuk kemudahan pelajar-pelajar menjalankan aktiviti keagamaan dan sembahyang berjemaah, serta membaca surah Yassin pada setiap hari Jumaat untuk pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Dengan adanya pentadbir yang berwibawa dan disokong pula oieh guru-guru yang berdidikasi diharapkan Sekolah Kebangsaan Pulai terus  menuju  kecemerlangan dan kegemilangan

"SEKOLAH GEMILANG, PELAJAR CEMERLANG"

"SEKOLAH KITA, TANGGUNGJAWAB KITA" 

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: